wahai teman,
nukilan ini sengaja aku buat agar engkau mengerti apa yang tersirat dihati aku.aku tidak mampu untuk berkata-kata dihadapan engkau.aku tidak mampu melihat wajah engkau berubah setiap kali perbicaraan kita.aku tidak mampu.aku turut bersedih jikalau engkau bersedih.
teman, aku sangat memerlukan engkau.aku tahu engkau ada kehidupan engkau sendiri.tapi...mengapa engkau pergi meninggalkan aku? aku merindui saat-saat kita bersama.gelak ketawa.suka duka.tapi engkau berubah.engkau berubah menjadi orang lain setelah engkau menjumpai dia.aku tidak menunding jari kearah engkau atas persahabatan engkau dengan dia.malah aku suka kerana engkau gembira disamping dia.tapi engkau melupakan aku sebagai teman rapat engkau.cerita engkau,masalah engkau, engkau tidak menceritakan pada aku lagi.engkau pergi pada dia seolah-olah engkau tidak memerlukan aku lagi.namun aku redha.mungkin engkau lebih selesa menceritakan masalah engkau pada dia.
tapi...engkau lupakn aku sebagai seorang teman yang rapat dengan engkau.mungkin aku bukan lah teman baik buat engkau dan aku banyak kelemahan diri yang aku sendiri tidak menyedarinya.dan aku tahu yang engkau sedar akan kelemahan diri aku.tapi engkau berdiam sahaja seperti mana aku menerima semua kelebihan dan kelemahan engkau.tapi engkau adalah sebahagian besar dalam hidup aku kerana engkau adalah teman kedua yang rapat dengan aku.aku tidak pernah merasa hidup begini tapi setelah engkau hadir dalam hidup aku, hidup aku berubah.aku semakin bersemangat untuk belajar,aku semakin bersemangat untuk meneruskan hidup aku.aku tidak mengharapkan apa-apa dari engkau.cuma aku.....
mungkin ini balasan Allah terhadap aku kerana leka dengan kemewahan dunia.tp aku redha.aku bangkit semula.
aku memohon maaf pada engkau sekiranya kata-kata atau tindakan aku telah membuatkan engkau merana dan sakit.itu bukan niat aku.aku cuma mahu engkau sedar dan mungkin cara aku salah.dan terima kasih atas persahabatn yang tejalin diantara kita.moga persahabatn ini terjalin hingga keakhirnya.aku sentiasa berdoa agar engkau menerima aku kembali dan persahabatan kita kekal.
andai kata aku pergi meninggalkan dunia ini dulu sebelum engkau,aku memohon maaf dan berharap agar engkau tidak melupakan aku.terima kasih.terima kasih kerana engaku sudi menjadi teman aku.
terima kasih!