Wednesday, September 12, 2012

kerinduan yang memakan diri...

Assalamualaikum,

time: 12:58am
date: 13/9/2012
mood: swing

Hari ni sepatut nya hari gembira bagi aku tapi aku kat sini menitis air mata mengenangkan kawan2 aku yang dah berjaya melanjutkan pelajaran.Alhamdulillah akhirnya hari ni ayah bagi kebenaran untuk aku apply sambung degree di ipts.esok pagi awal2 aku akan menyiapkan semua dokumen yang diperlukan..

tiba2 malam ni tergerak hati aku untuk tengok fb kawan2 aku, dan aku baru perasan kawan yang i used to called bestfriend is now further her study somewhere that i didnt know..aku terkilan sebab setiap apa yang jadi kat dia aku adalah orang terakhir yang tahu.sebab perkara macam ni la aku bergaduh besar dengan dia.mungkin dia tak tahu lepas apa yang jadi aku masih lagi ambil berat tentang dia..sebab dia la yang mula2 aku rasa selesa,dia la mula2 aku rapat masa aku masuk uitm dulu..sekarang semua tu tinggal kenangan je..

aku tahu dia takkan baca blog ni..aku baru sedar ni semua salah aku sebab aku cepat sangat mengalah dengan apa yang terjadi..dia dah meneruskan hidup dia tapi aku kat sini terkenang kan macam2..apa yang jadi semua adalah sebab tindakan tak matang aku..but somehow i did contact her..masa dia sakit..now even i wish her good luck in a new place..

bagi aku ramai lagi kawan2 aku yang aku sayang macam mana aku sayang dia.tapi seorang pun tak pernah tanya khabar aku..aku sihat ke sakit ke..somehow aku rasa aku je yang terlebih2 fikir pasal orang lain..tapi orang lain tak pernah terfikir kan aku..I know life must go on but then I only have my family now..mungkin aku terlalu harapkan kawan2 untuk bersama aku sentiasa dan mungkin kerana itulah aku tiada sesiapa selain keluarga aku..dan kadang2 aku rasa macam aku je yang terhegeh2 dengan orang lain sedangkan mungkin kawan2 aku rasa annoyed dengan aku..

aku gembira dan sedih at the same time..aku gembira kawan2 aku dapat sambung belajar..happy dengan life yang diorang ade sekarang but then aku sedih sebab diorang langsung tak kongsikan happy moment diorang dengan aku..sedangkan aku macam orang gila bila dapat tahu berita masing2..

aku sedih sebab aku tiada sape aku nak kongsikan moment2 dalam hidup aku..masa aku dapat berita aku sakit..bila aku dapat keizinan ayah untuk apply private uni..tiada siapa..tiada siapa disisi aku untuk aku konsikan tu semua.yang aku ada hanyalah mama yang sentiasa berada disisi aku ketika aku sedih atau pun happy.

aku selalu dengar orang cakap many things come and go but family and friend stay..but for me theres only family who stay with me for bad and good..no matter what..

kalau ada pun orang baca blog ni,mungkin korang cakap aku ni cengeng la gedik la..ape la..tapi you are not in shoes..just imagine you are alone in a dark place where you got nowhere to go and no one there for you..can you imagine how my life is?

kadang2 aku rasa benci dengan social network sebab aku akan rasa rindu kat kawan2 bila masing2 update pasal life diorang yang sangat happy..ye aku tidak cemburu cuma aku berfikir sejenak kenapa aku tidak boleh teruskan kehidupan macam mana diorang teruskan kehidupan diorang..dan kenapa mesti aku selalu teringat kan benda2 yang dah berlalu..aku benci..aku benci dengan diri aku yang terlalu sensitif..

i dont know why i felt different tonight..i felt like i'm missing something out there..mungkin apa yang jadi sekarang ni sebab aku trauma dengan apa yang jadi masa aku sekolah dulu..aku jadi trauma untuk rapat dengan sesiapa..aku jadi takut untuk berkawan rapat dengan sesiapa..mungkin...

orang lain mungkin ade teman untuk bercerita..ade teman untuk pergi shopping..ade teman untuk ber'camwhore'..ade teman untuk berkaraoke..ade teman untuk tengok movie...ade teman untuk lepak2..ye itu orang lain..tapi aku hanya ade mama yang teman aku makan..teman aku shopping..teman aku berjalan2..jadi telinga aku bila aku ada banyak benda nak bercerita..yaa..itu mama aku..dan dia lah mama..dia lah kawan..dia lah bestfriend..dia lah kamus hidup aku..dia lah gps aku..dia lah segala2 nya untuk aku..but then again she already have her partner now..dia ada ayah untuk dia bermanja..untuk dia tunjukkan rasa kasih dan sayang dia..tapi ayah dan mama adalah segala-gala nya untuk aku..dan mungkin kerana itu jugak lah aku susah untuk rapat dengan kawan2.sebab aku sentiasa dengan mama ayah..mungkin orang takkan percaya tapi tu la kehidupan aku..aku terlalu rapat dengan mama ayah sampaikan ayah shopping baju dia pun aku ada..mama pergi mana2 pun aku ada..pelik!

maafkan segala khilaf ku..
maafkan aku kerana terlalu emotional malam ni..
maafkan aku kerana terlalu berharap pada orang lain..
maafkan segala kekurangan dan perbuatan ku..


p/s: cuba sedaya mungkin untuk move on so that ini adalah post terakhir aku yang terlalu emotional..maaf..

No comments:

Post a Comment